:: Sponsored By ::

Kerja Kosong Terkini-Lembaga Getah Malaysia

Posted on July 16, 2010 by Purpleroses

Jawatan Kosong Lembaga Getah Malaysia
TARIKH TUTUP : 25 JULAI 2010

1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
2. PEGAWAI PENERBITAN N41
3. PEGAWAI PENYELIDIK Q41
4. PUSTAKAWAN S41
5. AKAUNTAN W41
6. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA N27
7. SETIAUSAHA PEJABAT N27
8. PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S27
9. PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK Q27
10. PENOLONG AKAUNTAN W27
11. JURUTEKNIK J17
12. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17
13. PEMBANTU PENYELIDIK Q17
14. PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
15. PEKERJA AWAM KONTRAK R1


PERMOHONAN ADALAH SECARA ONLINE KLIK SINI

Kerja Kosong Terkini-LAVA System Sdn Bhd

Posted on by Purpleroses

LAVA Systems Sdn. Bhd. started out as Netinfinium Semarak Sdn. Bhd. and was incorporated in January 2003. We are MSC status company and subsequently underwent a name change to Lava Systems Sdn. Bhd. in January 2006 with a refinement in business focus and a larger team of professionals driving our growth. Headquartered in Kuala Lumpur , Lava Systems Sdn Bhd is Certified with (Malaysian Ministry of Finance) MOF registered Government IT vendor. Our Mission is to help our customers leverage innovative e-business solutions and technology supported by industry best practices to achieve business success. Our Vision is to be among the best organized, best run companies in the Information Technology Industry in Malaysia ; organizing and facilitating the easy and systematic dissemination and sharing of information, creating real and tangible value for our clients, our partners and our team.

IT PROGRAMMER
(based at Kuala Lumpur - Plaza Mon't Kiara)

Responsibilities: 
To participate in the requirement analysis and design of applications.
Be responsible for development of applications system for the company according to the technical design provided.
To provide software testing on developed applications system.
To provide software modification/bug fixing.
To provide software implementation & software post release modification support.
To manage own application development activities and ensure on time delivery of deliverables.
Intensive on the job training will be provided.
Other opportunities include latest technologies training as well as career. advancement opportunities towards management level.
Requirements: 
PHP Programmers Requirements:
Required Skills: PHP 5, knowledge in PHP and JS framework
Optional Skills: CakePHP, jQuery
JAVA Programmers Requirements: 
Required Skills: JAVA, J2EE (JSP and Servlet) and have strong knowledge in OOP and MVC design pattern
Optional Skills: Spring, Struts 2, Hibernate, jQuery, Netbean, Eclipse
General Requirements: 
Candidate must possess at least a Bachelor's Degree, Post Graduate Diploma or Professional Degree in Engineering (Computer/Telecommunication), Engineering (Electrical/Electronic), Computer Science/Information Technology or equivalent.
Other skills: UML, Version Control, Testing Tools, Networking, Windows Server, Linux.
Good Knowledge in database: MYSQL , MSSQL and Oracle.
Knowledge in web servers: IIS, Apache, Tomcat.
Good understanding in object oriented programming.
Excellent written and verbal communication skills in Bahasa Melayu and English.
Able to work in a team.
At least 1 years working experience in the related field.
Applicants must be willing to work in Kuala Lumpur.
Applicants should be Malaysian citizens or hold relevant residence status.
Full-time positions available.
Ability to put in long hours when necessary would be a great plus.
Responsible, methodical and high level of maturity would be an added advantage.
Interested candidate are also welcome to apply & send your full resume to: jobs@lava.com.my

Pendapatan kurang VS Renovate Blog

Posted on July 15, 2010 by Purpleroses

Hi kawan-kawan..lamanya PR tak post entry. Blogwalking pun xsempat. Pendapatan mingguan Nuff pun makin kurang. Traffic pun slow je. Tapi PR suke ramai gak bw kat blog PR ni. Maaflah sebab PR xsempat nak balas kunjungan, tapi xpe, PR akan balas semua kunjungan tu.

Ni la wajah baru PR, asyik update je, yela..bosan je tengok selalu. tengok blog orang lain cool, cantik je. PR nye berserabut. Yela semua nak letak..hehe. Tu PR dah buat tabbed menu untuk shoutbox, Wawwi Widget dan Live Traffic. Xla serabut mata ni, orang lain lagilah serabut nak masuk sini. 

Followers ngan VIP Banners PR letak kat bawah, susun leklok kat bawah nun. Saayang korang..Ada banyak lagi yang nak di baiki tu. Yang sedihnya komen2 post yang sebelum ni ilang..huhu..

Siapa Juara? Paul Vs Mani

Posted on July 10, 2010 by Purpleroses

Siapa bakal juara World Cup 2010? Adakah ramalan Paul yang telah meramalkan 6 kemenangan sebelum ini akan menjadi benar? Spain akan jadi juara! Manakala burung nuri  yang bernama 'Mani' dari Singapura telah meramalkan Oranje akan menjulang piala dunia. Macam mana tu? Ramalan manakah akan menjadi kenyataan? 


Nampaknya ade 2 juara ni..huhu..tp saya rasa Spain akan menang dengan 2-1. Yeahh!!..Apa score anda? Xsabar ni tunggu 12 Julai..Kalau Spain kalah memeng kene salai Paul ni.hehe..Jom share score anda dengan saya. 

Aduhai Credit Sharing..

Posted on July 8, 2010 by Purpleroses

Semalam, husband PR nye credit banyak sebab PR share kan dengan dia kelmarin. Kitorang shared je kredit sebab kredit hp banyak..tapi xpakai. Kiranya share sebab nak hidupkan access je. Kitorang pakai maxis. Malam tadi punyela PR ni tamak, nak amik balikla credit tu sebab PR nye makin sikit, dia punye makin banyak. Kedekut punye bini..haha. 
PR amikla dia punye hp, share sendirila..taip punye taip, then hantar, yes lagi. Konfidenla sebab sebelum ni xpernah silap pun. Then PR pon masuk dapur balik, kira xtengok PR nye HP masuk tak kredit tu. Selang 10 min, no husband PR dapat msg, "boleh sy tau siapa ni"..alamak! silap! silap satu nombor! NO sendiri pon xingat!  Padan muke..tamak lagi..PR pon reply la cakap silap masuk nombor, kalo boleh share la balik..huhu..org tu reply balik, "sebelum sy share, boleh saya tau awk dari mana ye?" alahai..cam nak berkenalan la pulak. Leceh..PR pon reply balik.."xpela, simpan jela RM 5 tu". Org tu reply ape? Ok, ty"..haha..baik punye olang..

Moralnya, cek bebetul sebelum yes..haha..sib baik 5 inggit je..kalo 30..waduhh...

Up Traffic-Linking Blog dengan reciprocal Link

Posted on July 7, 2010 by Purpleroses

S

aya dapati blog saya ni mempunyai backlinks yang sangat teruk seperti yang saya ceritakan dalam entry sebelum ini iaitu Macam mana backlinks anda?. Hari ini, saya jumpe lagi dengan word dead links. Apa itu dead links? link yang mati? Bila blog tu dah lama tak aktif, ia menyumbang kepada dead links, link yang xguna itu juga dipanggil broken link, dead link atau dangling link. Salah satu cara nak cam dead link ialah error 404. Anda pernah jumpe kan? Itu menunjukkan page tu xdijumpai. Mungkin sudah dibuang, atau blog tu sudah tiada. Cara untuk buang dead link tu nanti kita bincang lagi.



Reciprocal link ni satu kaedah untuk up traffic. Reciprocal link ni adalah mutual link antara 2 objek, biasanya antara blog dengan blog yang lain ( saya gunakan blog di sini sebab blogspot)..hehe. Contoh macam ni, blog Purpleroses dan blog anda. Jika blog anda link ke blog PR, dan PR nye blog link kat blog anda, itu adalah reciprocal linked. Reciprocal link ni penting dalam SEO. 

Contoh mudahlah kita tengok, nak pastikan tiada dead link kat blog kita, kita ada letak kawan-kawan kita punya blog kan? Pasti ke kawan kita tu letak kita punya link kat dorang punya blog? Ha..cek..jangan tak cek..cek kat sini..Reciprocal Link Checker. Yang box kat atas tu kita punya blog url, box bawah tu, blog lain-lainla, masuk banyak terus pun boleh. Result ada kat situ terus. Tengok kat legend dia. bukan apa, macam saya ni, saya amik letak link blog orang yang saya suka (macam kat blog list tu..yang jual tudung, jual mekup..hehe). Saya cekla juga blog yang saya tinggal URL kat Mister Linky aritu, xde backlink pun. Memang betul. Ginila, sama-sama member tu linking² la..lih up traffic. Pastikan suka sama suka la..hehe..

Kat Google Wemaster Tools pun boleh cek crawl error, diagnostic and etc. Pergi ke dashboard, Webmaster Tools,  Klik kat site yang telah kita add tu. Macam ni..






Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Tarikh Tutup Permohonan: 16 Julai 2010
1. PEMBANTU AM RENDAH

2. TUKANG K3 (TUKANG CAT/TUKANG TULIS)
3. TUKANG K3 (TUKANG PAIP)
4. PEMBANTU AM RENDAH (WAKIL HULU SUNGAI)
5. PENGHANTAR NOTIS
6. JURUTEKNIK (AWAM)
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
8. PEMBANTU TADBIR (STOR)
9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
10. JURUTEKNIK (PERANCANG BANDAR DAN DESA)

11. JURUTEKNIK (UKUR)

12. TUKANG K3 (TUKANG KAYU)
13. PENGHANTAR NOTIS
14. PEMBANTU KESIHATAN AWAM
15. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
16. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
17. PEMBANTU PERPUSTAKAAN
18. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
19. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
20. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA




Kerja Kosong Terkini- Perbadanan Putrajaya

Posted on by Purpleroses

Kerja Kosong Terkini- Perbadanan Putrajaya
Tarikh Tutup Iklan : 18 Jul 2010
1. PEMANDU KENDERAAN GRED R3 (KONTRAK)
2. PENOLONG JURUTERA (AWAM/ELEKTRIKAL/MEKANIKAL) GRED J29 (KONTRAK)
3. JURUTEKNIK (AWAM/MEKANIKAL/SENIBINA) GRED J17 (KONTRAK)
4. PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (KONTRAK)
5. AHLI MUZIK GRED B27 (KONTRAK)
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (KONTRAK)
7. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 (KONTRAK)
8. JURUTERA (AWAM) GRED J41 (KONTRAK)
9. ARKITEK GRED J41 (KONTRAK)
10. PEGAWAI PENILAIAN GRED W41 (KONTRAK)


Syarat-syarat Permohonan;
1)Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia

2)Had Umur (Pada tarikh iklan ditutup)
•Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
•Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

3)Penaklukan di bawah syarat Skim Perkhidmatan :
Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaannya dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

4)Kelayakan Terperinci dan Proses Permohonan Mengikut Jawatan Adalah Seperti Berikut:-
•SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ON-LINE.
•Bagi pemohon daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, perlulah mengisi borang ON-LINE dan mengemukakan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan masing-masing yang dibuat melalui Ketua Jabatan berdasarkan Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Perbadanan Putrajaya (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2009). Dokumen-dokumen tersebut hanya perlu di bawa semasa TEMUDUGA sahaja.


Cara Memohon
•Semak kelayakan yang diperlukan untuk jawatan yang ingin dipohon pada Senarai Jawatan.
•Calon-calon yang hendak memohon dikehendaki membuat permohonan secara ONLINE

•Calon dihadkan kepada TIGA(3) jawatan sahaja.
Taraf Jawatan:
•Semua jawatan yang ditawarkan adalah bertaraf KONTRAK.

PENTING:
Hanya calon yang disenaraipendek akan dipanggil temuduga .
•Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.



Kerja Kosong Terkini- Kolej Kejururawatan PUSRAWI

Posted on by Purpleroses

Kolej Kejururawatan PUSRAWI
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 18 JULAI 2010
1. KETUA AKADEMIK
2. KETUA PROGRAM (KEJURURAWATAN/PEMBANTU PERUBATAN/FARMASI)
3. PENSYARAH (PENGAJIANMALAYSIA, FIZIK, KIMIA, BIOLOGI, MATEMATIK, PEMAKANAN, ANATOMY & PHYSIOLOGY, SAINS FARMASI)
4. PENSYARAH/PENGAJAR KLINIKAL (KEJURURAWATAN DAN PEMBANTU PERUBATAN)


1. KETUA AKADEMIK
SYARAT LANTIKAN:
- Memiliki Ijazah PhD/Sarjana/Sarjana Muda/ (PhD/Master/Bachelor Degree)
- Memiliki Sijil Metodologi Pengajaran/(Teaching Methodology)
- Berpengalaman dalam bidang Pengurusan dan sebagai Pensyarah sekurang-kurangnya 3 tahun
- Pengalaman menguruskan bidang akademik peringkat IPTS diutamakan


2. KETUA PROGRAM (KEJURURAWATAN/PEMBANTU PERUBATAN/FARMASI)
SYARAT LANTIKAN:

- Memiliki Ijazah Sarjana/Sarjana Muda / (Bachelor/Master Degree) yang berkaitan dengannya
- Berpengalaman dalam bidang Pengurusan dan pengajaran/pensyarah sekurang-kurangnya 3 tahun
- Berdaftar dengan masing-masing Lembaga (Lembaga Farmasi Malaysia/Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia atau Lembaga Jururawat Malaysia)


3. PENSYARAH (PENGAJIAN MALAYSIA, FIZIK, KIMIA, BIOLOGI, MATEMATIK, PEMAKANAN, ANATOMY & PHYSIOLOGY, SAINS FARMASI)
SYARAT LANTIKAN:

- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
- Mereka yang mempunyai pengalaman mengajar atau memiliki Diploma Pendidikan akan diberi keutamaan


4. PENSYARAH/PENGAJAR KLINIKAL (KEJURURAWATAN DAN PEMBANTU PERUBATAN)
SYARAT LANTIKAN:
- Jawatan Pensyarah : Memiliki Ijazah Sarjana Muda/Sarjana dalam bidang Kejururawatan/Pembantu Perubatan yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia(LJM)/Lembaga Pembantu Perubatan
- Jawatan Pengajar Klinikal : Memiliki Diploma Kejururawatan/Pembantu Perubatan yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia (LJM)/Lembaga Pembantu Perubatan
- Pengalaman klinikal sekurang-kurangnya 3 tahun
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil pengkhususan seperti Bilik Bedah, Kesihatan Umum, Perawatan Kebidanan, Pediatrik, Critical Care dan sebagainya
- Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) bagi Jururawat
- Berdaftar dengan LOembaga Pembantu Perubatan Malaysia bagi Pembantu Perubatan
- Mempunyai Sijil “Teaching Methodology” bagi jawatan pensyarah


CARA MEMOHON:
Calon-calon yang berminat sila hantar surat permohonan, salinan sijil-sijil dan gambar saiz pasport ke alamat:


KOLEJ KEJURURAWATAN PUSRAWI
Tingkat 5, Bangunan Tabung Haji
28, Jalan Rahmat, Off Jalan Ipoh
50350 Kuala Lumpur

Tel : 03-40449504/5
Faks : 03-40449502


Hanya pemohon yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.


Macam mana backlinks anda?

Posted on July 5, 2010 by Purpleroses

PR tertarik nak cerita, kongsi pasal backlinks ni. Tadi ada masuk satu blog tu, dia ada cerita pasal Mister Linky`s Magical Widget yang kita guna selama ni xmenjana backlinks! PR pun gunakan tu, walaubagaimana pun, Mister Linky`s telah membantu PR mengumpul bloglist atau blogroll untuk memudahkan PR cari balik anda semua walaupun PR kena ingat balik apa konsep blog anda semua.





Yang sedihnya bila PR check dekat sini, Backlinks_Checker, teruknya backlinks PR.. banyak yang perlu PR timba ilmu blogging ni. Backlinks atau inbound links ni penting dalam SEO. Jika anda nak blog anda dalam enjin pencarian, page rank anda mesti tinggi, kalau anda nak page rank anda tinggi, anda mesti mempunyai backlinks. Backlinks adalah links dari blog lain ke blog anda. Search engine sukakan backlinks. Anda boleh letak backlinks dimana-mana sahaja, buat forum, pergi blog orang, baca entry and tinggalkan komen yang berguna, yang menarik. Anda boleh berkongsi entry yang isi perbincangannya ada kaitan dengan entry anda dengan letakkan url entry tersebut. Social bookmarks sepeti facebook, juga boleh mencipta backlinks.

Kerja Kosong Terkini- MATRADE

Posted on by Purpleroses

Jawatan kosong Matrade




Tarikh tutup permohonan : 19 Julai 2010
1. Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
3. Juruteknik Komputer Gred FT17
4. Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
5. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29



1. Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F41 (Kontrak)
Syarat Kelayakan:
a) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b)Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
c)Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau KejuruteraanKomputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
d) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat atau Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
e) Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, Gred E27 (Kontrak)
Syarat Kelayakan:
a) Diploma dalam bidang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b)Diploma Ikhtisas dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada isntitusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
e) Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. Juruteknik Komputer, Gred FT17 (Kontrak)
Syarat Kelayakan:




a) Sijil Pelajaran Malaysia serta lulus subjek Elektrik atau Elektronik atau Teknologi Maklumat pada peringkat perperiksaan tersebut yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau




b)Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat atau Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
c)Sijil dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
e) Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


4.Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N17 (Kontrak)
Syarat Kelayakan:
a) Sijil Pelajaran Malaysia serta kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
b) Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

5.Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Gred F29 (Kontrak)
Syarat Kelayakan:
a) Diploma Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
b)Diploma bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
c) Lulus Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


CATATAN AM
1.Pemohon- pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak MATRADE.
2.Pemohon yang mempunyai kelayakan ijazah dari Institusi Luar Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan surat pengiktirafan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


---------------------------------------------------------


Kerja Kosong Terkini- SIRIM

Posted on by Purpleroses


Closing Date: 15 July 2010
SIRIM Berhad is a well-established corporate entity responsible to lead and enhance technology and quality in Malaysia. We urgently seek qualified and dynamic professionals who are ready for a challenging career to join us as:
1. SENIOR EXECUTIVE
Code: HRD HUMAN RESOURCE DEPARTMENT)
BASED IN SHAH ALAM, SELANGOR

Responsibilities
•Responsible in planning and implementation of the staff skill and competency development program
•Responsible in planning and implementation of the in-house and external training programs, attachment programs, local and overseas short courses and all relevant talent programs
•Prepare status report on the provision of in-house or external training for SIRIM Berhad staff
•Communicate and negotiate training matters with the government ministries such as Ministry of Science, Technology and Environment (MOSTE) and the Public Services Department
•Conduct training effectiveness evaluation for developmental and functional training

Requirements
•Possess a minimum Degree preferably in Human Resource Management or Public Administration
•Minimum three years working experience in the field of Human Resource Management particularly in skill and competency development program
•Knowledge in various Labour Laws
•Demonstrate good analytical thinking and problem solving skills
•Possess good interpersonal and negotiation skills


2. SENIOR EXECUTIVE
CODE: PR 21-10 (1 VACANCY)
(GROUP CORPORATE AFFAIRS DEPARTMENT)
BASED IN SHAH ALAM, SELANGOR

Requirements
•Degree in Mass Communication majoring in Public Relations.
•Minimum 3 years working experience in mass communication, public relations or related field.
•Wide knowledge in publicity, promotion and event management.
•Have experience in journalism writing proposals, protocol and government relations.
•Some knowledge in planning and preparing paper works / proposal.
•Proficient in English and Bahasa Malaysia.




Kerja Kosong Terkini- Kolej kemahiran tinggi MARA

Posted on by Purpleroses

Jawatan kosong di Kolej Kemahiran tinggi MARA Petaling Jaya.
Tarikh Tutup Permohonan: 12 Julai 2010 (Isnin)


Jawatan : Pemandu (R3)
Syarat Lantikan:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ini;
  • Tamat Darjah 6 sekolah rendah bantuan penuh kerajaan;
  • Memiliki lesen memandu kelas E/E1/E2 berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)];
  • Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan bermotor berkenaan yangdiliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan
  • Memiliki lesen PSV
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Fungsi Bidang Tugas:
Membawa pelajar-pelajar termasuk pegawai-pegawai menjalankan tugas rasmi, memastikan kenderaan dijaga dengan baik serta bertanggungjawab ke atas Buku Log Kenderaan dan melaksanakan tugas-tugas lain yang diarah.

Cara memohon:
  1. Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan resume berserta salinan dokumen-dokumen seperti berikut:
  2. Salinan sijil atau keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan
  3. Salinan sijil kelahiran, Kad Pengenalan dan sijil-sijil persekolahan yang disahkan
  4. Salinan lesen memandu dan PSV
  5. 1 keping gambar terbaru berukuran pasport

Resume yang lengkap dengan dokumen tersebut hendaklah di alamatkan kepada:

Pengarah,


Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya,


No. 12, Jalan Templer,
46000 Petaling Jaya,


Selangor darul Ehsan.



 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

Blogger Templates