Cantik semulajadi dari rumah.
Bancuhan asam jawa, air dan tepung ubi mampu naik seri wajah dengan mudah.
Menjaga dan memanjakan wajah memang rutin wanita. bagi mendapatkan kulit wajah yang sempurna, ramai wanita sanggup mendapatkan rawatan kecantikan di salun setiap minggu. Namun tidak ramai rajin menggunakan tumbuhan dan bahan alami yang diproses sendiri sebagai asas kecantikan diri, walhal proses ini
jika diamalkan mampu menandingi kehebatan rawatan kecantikan di salun mahupun spa.
Tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan sebagai bahan memasak seharian juga sebenarnya mempunyai khasiat bai membantu mendapatkan wajah berseri-seri.
Bagi mereka mahukan kulit muka yang halus, anda boleh memperolehinya dengan ambil sebiji tomato masak dan dikisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Selepas itu, bersihkan muka dengan air suam. Ini sekiranya diamalkan selalu mampu mencantikkan wajah kerana tomato mempunyai serat yang berfungsi membersihkan kulit.
Asam jawa pula banyak kegunaannya selain menyedapkan masakan. Anda boleh mencubanya dengan membancuh sedikit asam jawa bersama air dan tepung ubi, kemudian kacau sehingga sebati. Pastikan bancuhan tadi tidak terlalu cair kerana bahan in akan digunakan sebagai masker pada wajah. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Untuk menegangkan kulit muka, ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan timun, tetapi sebelum itu timun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian, campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Selepas itu sapu ke muka dan biarkan ia kering sebelum membasuh dengan air bersih.
Petua menghilangkan jerawat, campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk atau tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedaksejuk. Lumurkan pada ahagian muka yang mengalami jerawat. Selepas beberapa ketika, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.
0 Responses to "Cantik semulajadi dari rumah.":
Post a Comment