:: Sponsored By ::

Tips Kesihatan Dan Kecantikan Untuk wanita berusia 30-an.

Posted on June 27, 2010 by Purpleroses

Tips Kesihatan Dan Kecantikan Untuk wanita berusia 30-an.

Sentiasa kekal menawan

Jom PR nak kongsikan tips ni..PR pon dah akhir² 20-an..kene bersiap sedia la kalo nak kekal cantik..hehe..cantik ke sekarang PR oi..??

Setiap wanita ingin kelihatan cantik dan menarik meskipun saban tahun, usia semakin meningkat apatah lagi dengan bantuan produk dan pelbagai rawatn kecantikan sedia ada, ia bukan lagi masalah kepada wanita untuk mengekalkan kelebihan diri. Bagi wanita yang menjangkau peringkat usi 30-an dianggap masa sesuai untuk mula berfikir kaedah terbaik mengawal perubahan diri memandangkan di fasa usia begini mula berlaku perubahan pada kulit wajahserta tubuh. Bagaimanapun, dengan penjagaan yang betul tidak mustahil wanita seusia ini mampu tampil lebih menawan daripada remaja.  Berikut adalah beberapa tips kecantikan yang boleh dipraktikkan.

1. kawal pemakanan

Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur san buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafein, minuman ringan dan makanan ringan. Alahai..PR ni sayur xminat sangat..nescafe hari²..minuman, makanan ringan  pulak.asal nmpk mesti rase nak..huhu..

2.Guna pelembab yang sesuai

Apabila umur menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin krang. Penggunaan krim pelembab
sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita. Ai..sib baikla muke pR ni xsensitif..produk murah ke mahal ke..terima je..ingat nak try SimplySiti..hehe..promote sikit!

3.Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari

Jangan biarkan muka anda terdedah kepda cahaya matahari dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan sahaja dapat menggelapkan kulit, ia juga mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

4. Sentiasa bersenam

Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa,lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Bersenam? Kalo buat kerja rumah tu kire bersenam x? PR rajin kemas umah..


5. Minum banyak air

Kekeringan dan gejala penuaan boleh di perlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air aset penting uantuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh.

6. Makanan Tambahan(supplement)

Pengambilan vitamin amat digalakkan uantuk waniota 30-an. Kesibukan dengan tugasan di peajabat dan di rumah menyebabkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

7. Elakkan bermekup terlalu tebal

Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekup yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari  menggunakan foundation yang tebal set lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang. Hehe..xpe²..PR xpnah mekup tebal pon..lipstik pon asal calit.tu pon sapu balik..hehe..

8. Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang

Wanita 30-an mesti mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. InsyaAllah..

9. Sokongan

Kehadiran orang tersayang di sekeliling meraka dapat membantu wanita membina keyakinan diri selain menghilangkan tekanan dilalui.


0 Responses to "Tips Kesihatan Dan Kecantikan Untuk wanita berusia 30-an.":

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

Blogger Templates