:: Sponsored By ::

Usah Simpan Benci di Hati

Posted on February 11, 2010 by Purpleroses

Cinta mampu memberikan kekuatan luar biasa kepada yang menyandangnya. Tidak terkecuali, cinta juga dapat membawa kekuatan negatif kepada yang tidak mampu mengendalikannya. 

Bagaimana menghadapi situasi apabila disakiti? Ada pelbagai reaksi yang dilakukan manusia terhadap rasa sakit hati. Ada yang menerimanya dengan dendam atau kebencian, namun menyimpannya dalam hati sehingga membuat jiwa tertekan.

Ada juga yang menzahirkan perasaan itu menjadi tindakan yang memusnahkan seperti menganiaya dan menyakiti pihak yang menjadi punca sakit hatinya itu. Apa sekalipun, jangan menyimpan sakit hati dankebencian kerana ia hanya akan merosakkan kedamaian jiwa dan mematahkan semangat.

Unatuk mereka yang sering sakit hati ketika bercinta, renungkan panduan berikut:

  • Jangan bercinta kerana simpati dan kasihan. Anda tidak akan menjadi dewi atau dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia.
  • Melirik kepada jejaka atau gadis lain. Cinta bukan penghalang untuk anda meluaskan pergaulan, namun perlu ada batasan tertentu. Walaupun niat sekadar mencuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka mahupun gadis lain, ia mungkin boleh membawa kepada kecurangan.
  • Pura-pura tertarik pada bicara si gadis. Anda tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara mengenai sesuatu perkara yang tidak anda sukai. Jangan paksa diri untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak anda. Itu namanya hipokrit.
  • Tidak mahu mengalahkan si dia. Anda sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hati si dia. Tidak salah bersaing, tetapi mestilah ke arah yang positif.
  • Harus sentiasa bersama. Ini tidak beerti teman harus disingkirkan semata-mata anda menemui cinta. Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman supaya dia boleh membiasakan diri.
  • Rapat dengan sahabat karib si dia. Tidak salah mengenali sahabat karibnya, tetapi berhati-hati supaya tidak terlalu akrab. Ini boleh menimbukan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh hati pada anda. Sebaliknya, anda perlu lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua-dua ibu bapa si dia.
  • Berpura-pura tidak cemburu. Harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka atau gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan anda ketika itu.
  • Terlalu menerima sikap si dia. Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyayangi dirinya, anda menerima segala keburukannya.
  • Memaafkan sikapnya yang keterlaluan. Jangan diam saja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak anda sukai. Tidak salah kalau menegur perbuatannya yang keterlaluan itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.
  • Biarkan si dia membayar. Sesekali apa kata anda berdua cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan. Tetapi bagi lelaki, janganpula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja anda. Jangan terlalu ego.
  • Sakit hati yang keterlaluan. Jangan biarkan perasaan itu berpanjangan hingga merosakkan batin. Kepahitan itu akan mengubah cara seseorang memandang kehidupan, cara bertutur dan sikapnya. Umumnya orang yang mengalami kekecewaan amat sensitif perasaanya, cepat tersinggung serta mudah megeluarkan kata-kata sinis, kasar, tajam dan menyakitkan.
  • Benci tanpa sebab. Antaranya, sikap cepat marah atau tidak bergaul dengan orang sekitar,suka menggerutu tanpa alasan, membenci tanpa sebab yang jelas dan cenderung menjauhkan diri daripada orang lain. Ia juga membuatkan kita sukar mengucapkan terima kasih kepada orang lain,kurang motivasi untuk mengasihi dan membantu serta diliputi perasaan kejiwaan yang tidak stabil.
What can purpleroses say about LOVE? like thisla
..hehe..

0 Responses to "Usah Simpan Benci di Hati":

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

Blogger Templates