:: Sponsored By ::

Khasiat Buah Kiwi

Posted on February 20, 2010 by Purpleroses

Buah kiwi juga disebut Chinese gooseberry, sejenis beri dari China. Berbentuk bulat lonjong, berwana cokelat dengan bulu-bulu halus pada kulit buahnya. Buah kiwi mempunyai banyak khasiat. Ianya mengandungi lebih vitamin dan mineral berbanding buah lain. 

Kajian di Universiti Rutgers menunjukkan buah Kiwi adalah buah yang paling padat kandungan nutrien daripada 27 buah-buahan kegemaran ramai.

Satu hidangan 2 buah Kiwi mempunyai lebih banyak Vitamin C berbanding dengan 2 biji buah oren, lebih banyak potasium daripada sebatang pisang, dan lebih banyak serat makanan daripada semangkuk bijirin kepingan sekam. Buah kiwi juga mengandung serat yang tinggi sehingga sangat sesuai bagi mereka yang sedang diet.

Buah kiwi baik untuk kesihatan mata dan kulit kerana kaya dengan anti-oksidan. Ia tidak menggemukkan kerana mempunyai indeks glisemik (kadar gula dalam darah sejajar dengan pengambilan karbohidrat) yang rendah, rendah kalori dan rendah lemak.
Ia membantu mengurangkan stres kerana mempunyai kandungan bahan serotonin (bahan penyalur saraf) yang tinggi.

Ia rendah kandungan sodium, tetapi kandungan potasiumnya tinggi dan ini baik untuk pesakit darah tinggi keranan antara fungsi potassium ialah menjaga keseimbangan air antara sel-sel dan cairan tubuh.

Buah kiwi mempunyai mengandung actinidin, enzim alami yang dapat mengatasi sembelit.

Isi buahnya yang berwarna hijau mengandung magnesium yang bersama dengan vitamin C membolehkan hati bekerja lebih maksima.

Amino arginine-nya membantu peredaran darah dan mampu mengatasi masalah impotensi. 

Kandungan zat lutein nya dapat mencegah kanser prostat.

 Senang je nak makannya, belah dua buah tu, kemudian cedok isinya dengan sudu..kalo rajin kopekla kulitnya dulu..hehe..

0 Responses to "Khasiat Buah Kiwi":

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

Blogger Templates