Apabila berbicara pasal isu pendidikan, rata-rata media semasa akan bercerita pasal isu UPSR, PMR akan dimansuhkan. Manakala SPM masih dikekalkan. Purpleroses ade mendengar Menteri Pendidikan, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kita bercakap semalam pasal tu di berita semasa TV3. Dari segi matlamat pendidikan negara, ia sangat bagus supaya pendidikan negara Malaysia setaraf dengan negara membangun yang lain. Dari segi pelajar itu sendiri, agak susah dan perlukan usaha yang begitu kuat semua pihak.
Kementerian pelajaran sentiasa mengkaji setiap baik buruk, kemajuan atau kelemahan setiap perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Mungkin telah tiba masanya sistem pendidikan di Malaysia digubal untuk menjadi yang lebih baik. Sistem pendidikan sekarang lebih berorientasikan peperiksaan berbanding memberi pendidikan holistik atau menyeluruh kepada pelajar.
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kita akan mengambil pandangan semua pihak termasuk ahli akademik, para pendidik, dan pandangan masyarakat. Macam² pendapat kita dengar mengenai isu ini, ada yang setuju, ramai juga yang membantah. Ada yang berpendapat bahawa pelajar akan menjadi lebih malas kerana 'penilaian'yang paling besar yang merujuk kepada SPM terlalu jauh, kirenye tempoh bulan madu yang sangat panjang sebelum menghadapi SPM. Pelajar harus sentiasa di nilai. Walaupun UPSR, PMR tidak akan di lakukan, tapi penilaian akan sentiasa dijalankan untuk menilai sejauh mana penguasaan pelajar terhadap pelajaran.
0 Responses to "UPSR, PMR mungkin dimansuhkan":
Post a Comment