:: Sponsored By ::

Padding Tutorial

Posted on April 30, 2010 by Purpleroses

Padding ni macam extra space la. Ada 4 padding iaitu, padding-top, padding-bottom, padding-left and padding-right. Nilai padding mungkin dalam px, em, percentage atau sebagainya.



Contoh² padding;

1. padding: 10px;
    Maksudnya padding untuk ke empat² bahagian (atas, bawah, kanan, kiri ) adalah 10 px.

2. padding: 20px 40px;
    Maksudnya padding untuk atas dan bawah adalah 20px, manakala padding kiri kanan adalah 40px.

3. padding: 10px 30px 5 px;
    Maksudnya padding atas adalah 10px, kiri dan kanan adalah 30px manakala 5px adalah padding untuk    
    bottom.

4. padding: 5px 10px 20px 30px;
    Maksudnya padding atas 5px, kanan 10px, 20px adalah untuk bawah dan 30px untuk kiri.

Boleh juga di tulis;

1. padding-top: 20px;
    padding-bottom: 10px;

kiranya tulis satu². Terpulang pada anda.

Type Of Border Tutorial

Posted on April 27, 2010 by Purpleroses

Mesti kamu dah tahu pasal solid, double kan..macam² border ade..jom PR kongsikan.
Biasa kita jumpa border : 1px  solid  #000000 ; kan? Contoh..

1. none : xde border langsung
2. dotted : ......dot² la..hehe..titik²..
3. dashed : -----
4. solid : single line.__________
5. double: 2 solid line______________
6. groove: 'carved' pada canvas.
7. ridge: macam ia keluar(timbul) canvas.
8. inset: Macam terbenam pada canvas.
9. outset: Macam nak keluar dari canvas.


Contoh:

border-top: 2px double #FFFFFF; (border atas dengan ketebalan 2px color putih.

Tips Hargai Pasangan

Posted on April 22, 2010 by Purpleroses

Tips ini adalah lebih untuk seorang suami kepada seorang isteri.

Dalam hubungan kena saling menghargai pasangan. Di sini purpleroses nak kongsikan tips menghargai pasangan, tips² ini lebih kepada pasangan yang dah berumahtangga. Yang mana sesuai untuk pasangan bercinta, atau bakal bercinta bolehla di gunakan. hehe..

1. Isteri adalah manusia
 Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dans ering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suami pun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
 
3. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri  tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwinyang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

4. Ingat tarikh penting 
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.

5. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

6. Anggap pasangan seperti diri sendiri 
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang seringd iabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri
 Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri
 Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh  dijadikan sebagai ‘ice-breaking’ . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya.


10. Penuhi hajat isteri 
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri. Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya.



Cara Untuk Jadi Romantik

Posted on April 21, 2010 by Purpleroses

Perkara Romantik Dalam bercinta


Di alam percintaan, kalau boleh semua perkara mahu dilakukan bersama-sama. Jika diberi peluang, sesaat pun anda tidak mahu berenggang dengan pasangan anda. Apatah lagi jika anda masih di awal percintaan.

Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak bersama. Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan cinta yang terbina.

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.

2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.

3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.

4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.

5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.

6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.

7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.

8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.

9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.

Add header image in blog

Posted on April 19, 2010 by Purpleroses

Add Header Image in Blog

Macam biasa, pergi ke DASHBOARD > LAYOUT > PAGE ELEMENT, and klik on the edit HEADER page element.

Masukkan blog title, blog description, dan browse the picture(header) from your computer.
Klik "Instead of title and description" kalau banner anda tu dah ade title or description.
Klik "Behind the title and description" kalau anda nak guna title and description dari blog atas banner tu, nanti senang nak edit balik.

Kalau banner anda besar atau xtentu saiznya, anda boleh pilih "shrink to fit" dan image akan di shrunk ke saiz header yang telah ditetapkan.

Selamat mencuba ye.

Blogwalking Dan Tujuannya

Posted on April 17, 2010 by Purpleroses

Blogwalking ni pada mulanya agak baru and janggal pada purpleroses, tapi bile dah lame masuk alam blogger ni purpleroses sendiri pon xmalu nak blogwalking kat mane² blog and tinggalkan tapak kat situ. 

Blogwalking adalah merupakan satu perbuatan  "berjalan"ke blog dalam rangkaian blog. Biasanya blogwalking kat shoutbox, chatbox, atau komen kat mane² post.

Tujuan blogwalking ni adalah:

  • Masa kita tinggalkan  komen kat shoutbox mana-mana blog, kemungkinan kita akan mendapat kunjungan balik.
  • Semakin banyak yang kita buat seperti yang di atas tu, semakin ramai traffic ke blog kita.
  • Semakin banyak traffic ke blog kita, sangat mungkin blog kita dilink oleh orang lain.
  • Semakin banyak blog kita di link orang, inlinks blog kita meningkat, pagerank kita juga meningkat.
  • Semakin banyak inlink, blog kita lebih sering muncul di search engine, ketika orang lain mencari sesuatu yang berhubungan dengan blog kita.
  • Semakin banyak di jumpai di search engine, semakin banyak traffic ke blog kita.
Ini cara memfofularkan blog kita selain increasing traffic dengan Google Webmaster, Yahoo Webmaster atau MSN Webmaster

Khasiat Pisang

Posted on April 16, 2010 by Purpleroses

Pisang selain dari rasenye yang sedap, ia mempunyai pelbagai khasiat yang patut kita tahu. Di sini purpleroses nak kongsikan dengan anda khasiat pisang ini. Semua ni purpleroses ambil kat internet. 
Pisang adalah satu-satunya buah yang mengandungi kesemua vitamin penting A, B1, B2, B6 dan C. Pisang juga tinggi kandungan fiber, potassium dan magnesium.
Pisang juga mengandungi 2-3 kali ganda karbohidrat daripada buah-buahan lain, jadi ia tidak sesuai untuk mereka yang mengambil diet kurang karbohidrat, tetapi ia amat sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang aktif. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering.

Kalau banding zatnye dgn epal, pisang lagi banyak la zat dia. Perbandingan pisang dgn epal:


4 kali lebih protein
2 kali lebih karbohidrat
3 kali lebih fosforus
5 kali vitamin A & zat besi,minerals

Tekanan darah tinggi
Pisang boleh menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan Potasiumnya yang tinggi dan kurang kandungan garam.

Gigitan nyamuk
Jika anda terkena gigitan nyamuk, gosokkan tempat yang digigit dengan bahagian dalam kulit pisang.

Cirit-birit
Potasium dan magnesium di dalamnya boleh merawat cirit-birit.

Sembelit
Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit.

Panas Jantung
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

PMS
Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia
Anaemia ialah penyakit kurang darah. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Kawalan Suhu
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Tekanan
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

Kemurungan
Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

Morning sickness/ muntah²
Amalkan memakannya di antara waktu makan dapat membantu tubuh dalam mengawal kandungan gula.
Saraf
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Ulser
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Strok
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!.

Seasonal Affective Disorder (SAD)
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Amal²kanlah makan pisang ye.


Petua Naikkan seri wajah

Posted on April 15, 2010 by Purpleroses



Setiap orang inginkan cantik, tidak perlu cantik untuk orang lain, cukuplah untuk kepuasan diri sendiri. Di sini purpleroses nak kongsikan petua untuk naikkan seri wajah. Marilah kita sama-sama mengamalkannya. Walaupun rupa purpleroses ni tak la berseri mana pon..apa2 pon usaha tu penting..;) Ni hanya petua naikkan seri..untuk cantikkan, licinkan, putihkan wajah, diri lain pulak ye.

Petua² ni pon purpleroses amik dari orang lain jugak. Sekadar nak berkongsi.

Petua 1: 
Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri..kenela bangun pagi² ye kalo nak cantik..air yang dah tengahari tak mujarab dah..;p

Petua 2:
Ambil air basuhan beras untuk bilasan yang kedua atau yang ketiga. Sapu pada keseluruhan muka air basuhan tersebut dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih..Jangan pulak amik sesaje je beras tu semata-mata untuk basuh muka, xbaik membazir.. 

Petua 3: 
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....

Petua 4:
Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri. Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda..petua yang ni sesuai untuk yang lepas bersalin kerana kesan kuning kunyit akan melakat untuk jangka masa agak lame..nanti malu lak nak keluar rumah..

Petua 5:
Amalkan telur ayam + perahan limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah kecuali kawasan mata dan bibir. Biarkan sehingga kering. Pastu bilas dengan air sehingga bersih..jangan bercakap tau masa ni untuk elak muka dari berkedut..nak cantik x??

Petua 6: 
Amal makan putik bunga ros..xtaula rose purple ke merah..same je kot..

Petua 7:
Amalkan ayat di dalam surah yusoff, nanti purpleroses postkan ayat tu. purpleroses sendiri sentiasa amal bace ayat tu..berseri mcm purplerosesla..;p

Petua 8:
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik,cuci minima 5 kali sehari dengan air wudhu.. biarkan menitis dan kering sendiri.Ambil sejadah, solat, berzikir, dan berdo'a.. 

Petua 9:
Pakai Simplysiti pon bagus..kene cuba ni..

Apa yang penting hati kena jaga.. xboleh busuk² ati tau..

Colors of Roses and What they Mean

Posted on April 4, 2010 by Purpleroses

 


The colors of roses and what they mean to the giver has a big impact on most relationships these days. It goes without saying that roses are one of the best ways to help express the emotion of love. So, lets find out what does the different colors of roses mean and understand the dynamics of roses!

Roses have been the symbol of love and affection since times immemorial. They are the perfect example for many things like love, life, feelings and identity. They work as metaphors in poems and silent words in love stories. The importance of a rose cannot be left ignored. They cannot be replaced or underrated. So, now that we know how important they are, lets check out the colors of roses and what they mean. Here is a list of meanings of different colors of roses and what the colors of roses symbolize.

* A RED ROSE is the exhibitor of love and passion. Giving a red rose to someone also stands for honesty and courage, as that is what it takes to express your true feelings to a woman. More so, it stands strongly for passion and desire.
* A dark shade of red is used to express that the recipient is unconsciously beautiful

* A YELLOW ROSE is the classic representation of friendship, respect and joy. Contradictorily, it is also used to signify jealousy. So, when receiving a yellow rose, give special attention to the giver, you never know what is it that they wish to express.

* A WHITE ROSE stands for peace and purity. It is often used to end a disagreement or a fight. It is the best way to patch up differences and settle conflicts.

* A PINK ROSE stands for friendship and appreciation. It is mostly used to let someone know that they are more special as compared to other friends. It is perfect to be given to the best friend.

* The LAVENDAR OR PURPLE ROSE stands for the beautiful emotion of love at first sight. It tells the receiver of how the giver was enchanted by their presence and taken by their beauty at the first sight! Read more on dark purple roses.

* BLACK ROSE are used to show death and protest. In order to carry out a protest, many rebels in the past have used black roses as a symbol to show an open rebellion. People at high posts should beware of a rose of this color.

* A BLUE ROSE is given in the beginning of a new adventurous and mystical journey. Giving of this rose shows the giver's support and faith.

This was the explanation of the inference of a single rose. The meaning of different color roses often changes when they are given in a group. So, lets see the colors of roses and what they mean in a group. Find more on flower pictures.

* A bouquet of white and red roses stands for unity. It works at showing the receiver that the basic intention of the giver is the same as theirs.
* Giving many thorn-less roses is a way of showing deep attraction at first sight as well as concern for the receiver.
* Giving a person dead roses is a subtle way of telling him that any relationship that existed between them is now over. It was a way used in earlier days, however, its usage has reduced in modern day communication.
* When white and yellow roses are given together, it works at expressing the givers desire for harmony. It is used very often in marriages, no kidding!
* Red and yellow roses together symbolize celebration and happiness. They are often given to let the receiver know that the giver is happy about their happiness.
* Giving a bouquet of tea roses shows that the giver will eternally remember the receiver. It is often used as an ideal farewell gesture.
* Giving a person rose buds is a way to express that the receiver is youthful and beautiful. However, in the light of growing pedophilia today, this mode of communication is often avoided. When two roses (either yellow, pink, red or white) are entwined and presented, it means that the giver wishes to propose marriage to the receiver. It was used a lot in old movies and theater. Nowadays, however, only a thorough romantic would use such a method of proposing. Read more on flowers.

Roses are important in literature and lifestyle. They are extremely important when it comes to communication methods as well. Nonetheless, with the growing use of technology and increased practicality, these beautiful rose types are merely a way to decorate the center table and the concept of colors of roses and what they mean has lost all meaning. This is where I sign off! Hope this article on colors and meanings of roses helped you!

Sidebar Gadget in Separate Box

Posted on April 3, 2010 by Purpleroses

Sidebar Gadget in Separate Box

Ini adalah untuk asingkan sidebar widget(gadget) in box berasingan.
Macam biasa, DASHBOARD > LAYOUT > EDIT HTML,and cari@ Ctrl+f(search)
.sidebar .widget, .main .widget {
border-bottom:1px dotted $bordercolor;
margin:0 0 1.5em;
padding:0 0 1.5em;
}

Padam yang kat atas ni ye..font kaler pepel tu and gantikan dengan;

.sidebar .widget {
background:#ADD8E6;        <--edit ikut color pilihan anda.
border: 1px solid #E9967A;  <--edit ikut color pilihan anda.
margin:0 -5px 1.5em -5px;
padding:5px 7px 5px 7px;    <--Adjust padding, kalo padding 0px, text dekat denagn box.
}

.main .widget {
border-bottom:1px dotted $bordercolor;
margin:0 0 1.5em;
padding:0 0 1.5em;
}

Kemudian, cari #sidebar-wrapper {
DELETE 
background:#ADD8E6;
border: 1px solid #E9967A;   <--delete sebarang backround and border.

Ok..selesai, kalo ade masalah tanye ye..

Lirik Baik-baik sayang [ Wali Band ]

Posted on April 2, 2010 by Purpleroses

Lirik Baik-baik sayang [ Wali Band ]


Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Back to Reff

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

Blogger Templates