Setiap orang inginkan cantik, tidak perlu cantik untuk orang lain, cukuplah untuk kepuasan diri sendiri. Di sini purpleroses nak kongsikan petua untuk naikkan seri wajah. Marilah kita sama-sama mengamalkannya. Walaupun rupa purpleroses ni tak la berseri mana pon..apa2 pon usaha tu penting..;) Ni hanya petua naikkan seri..untuk cantikkan, licinkan, putihkan wajah, diri lain pulak ye.
Petua² ni pon purpleroses amik dari orang lain jugak. Sekadar nak berkongsi.
Petua 1:
Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya’Allah wajah akan kelihatan berseri-seri..kenela bangun pagi² ye kalo nak cantik..air yang dah tengahari tak mujarab dah..;p
Petua 2:
Ambil air basuhan beras untuk bilasan yang kedua atau yang ketiga. Sapu pada keseluruhan muka air basuhan tersebut dan biarkan selama lebih kurang 10 minit. Kemudian bilas dengan air bersih..Jangan pulak amik sesaje je beras tu semata-mata untuk basuh muka, xbaik membazir..
Petua 3:
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapa tersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlah selalu.....
Petua 4:
Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup, kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri. Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda..petua yang ni sesuai untuk yang lepas bersalin kerana kesan kuning kunyit akan melakat untuk jangka masa agak lame..nanti malu lak nak keluar rumah..
Petua 5:
Amalkan telur ayam + perahan limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah kecuali kawasan mata dan bibir. Biarkan sehingga kering. Pastu bilas dengan air sehingga bersih..jangan bercakap tau masa ni untuk elak muka dari berkedut..nak cantik x??
Petua 6:
Amal makan putik bunga ros..xtaula rose purple ke merah..same je kot..
Petua 7:
Amalkan ayat di dalam surah yusoff, nanti purpleroses postkan ayat tu. purpleroses sendiri sentiasa amal bace ayat tu..berseri mcm purplerosesla..;p
Petua 8:
Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik,cuci minima 5 kali sehari dengan air wudhu.. biarkan menitis dan kering sendiri.Ambil sejadah, solat, berzikir, dan berdo'a..
Petua 9:
Pakai Simplysiti pon bagus..kene cuba ni..
Apa yang penting hati kena jaga.. xboleh busuk² ati tau..
0 Responses to "Petua Naikkan seri wajah":
Post a Comment