:: Sponsored By ::

Tips Hargai Pasangan

Posted on April 22, 2010 by Purpleroses

Tips ini adalah lebih untuk seorang suami kepada seorang isteri.

Dalam hubungan kena saling menghargai pasangan. Di sini purpleroses nak kongsikan tips menghargai pasangan, tips² ini lebih kepada pasangan yang dah berumahtangga. Yang mana sesuai untuk pasangan bercinta, atau bakal bercinta bolehla di gunakan. hehe..

1. Isteri adalah manusia
 Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dans ering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suami pun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
 
3. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri  tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwinyang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

4. Ingat tarikh penting 
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai.

5. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.

6. Anggap pasangan seperti diri sendiri 
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang seringd iabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.

7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

8. Beri pujian kepada isteri
 Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.

9. Dengar pendapat isteri
 Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh  dijadikan sebagai ‘ice-breaking’ . Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya.


10. Penuhi hajat isteri 
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Bukankah pemberian itu melambangkan bahawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri. Selamat menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan seikhlasnya.



2 Responses to "Tips Hargai Pasangan":

sitiey says:

purpleroses....asyik pompuan jerr tahu pasal nak hargai lelaki...cam ner nak suh org laki22 tahu yang kita ingin dihargai...atau dier dah tahu tapi buat22 tak tahu....

Purpleroses says:

Entry yg purpleroses(pr) post tu untuk lelaki..cara hargai perempuan(isteri).Ala..org laki ni xtunjuk..xmcm kita org pompuan ni..hehe..suke menunjuk..tunjuk kasih sygla..

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

Blogger Templates