:: Sponsored By ::

Add Left Sidebar

Posted on February 27, 2010 by Purpleroses

Bagi yang ada 2 column, ini adalah untuk tambah satu lagi column di sebelah kiri.
Check Expand wigdet dahulu untuk tengok semua code.

Check code anda, ada outer-wrapper, main-wrapper, dan sidebar-wrapper kan? Ada sesetengah blog hanya ada outer-wrapper, main and sidebar. Sama je sebenarnya.

Kemudian tambah code ini di bawah nya untuk new sidebar. Tadi kan nak add column sebelah kirikan?

#newsidebar-wrapper {
width: 180px;
float: left;
padding-right:10px;
word-wrap: break-word;
overflow: hidden;

So sekarang da ade Outer, main, sidebar-and newsidebar kan? bagus..kemudian save.

Kemudian pulak,
Pergi bawah, kat Body, cari

<b:section class='main' id='main' showaddelement='no'>
<b:widget id='Blog1' locked='true' title='Posting Blog' type='Blog'/>
</b:section>

dan add code bawah ni di atasnya.

<b:section class='sidebar' id='newsidebar' preferred='yes'/>

Ini diletakkan di atas "main" kerana newsidebar tu nak diletakkan di sebelah kiri.

Sekarang, code anda akan kelihatan:

<b:section class='sidebar' id='newsidebar' preferred='yes'/>

<b:section class='main' id='main' showaddelement='no'>
<b:widget id='Blog1' locked='true' title='Posting Blog' type='Blog'/>
</b:section>

div id='sidebar-wrapper'>
<b:section class='sidebar' id='sidebar' preferred='yes'>
<b:widget id='Profile1' locked='false' title='About Me' type='Profile'/>
<b:widget id='BlogArchive1' locked='false' title='Arsip Blog' type='BlogArchive'/>
</b:section>

Selamat Mencuba ye.

Khasiat Buah Kiwi

Posted on February 20, 2010 by Purpleroses

Buah kiwi juga disebut Chinese gooseberry, sejenis beri dari China. Berbentuk bulat lonjong, berwana cokelat dengan bulu-bulu halus pada kulit buahnya. Buah kiwi mempunyai banyak khasiat. Ianya mengandungi lebih vitamin dan mineral berbanding buah lain.

Kajian di Universiti Rutgers menunjukkan buah Kiwi adalah buah yang paling padat kandungan nutrien daripada 27 buah-buahan kegemaran ramai.

Satu hidangan 2 buah Kiwi mempunyai lebih banyak Vitamin C berbanding dengan 2 biji buah oren, lebih banyak potasium daripada sebatang pisang, dan lebih banyak serat makanan daripada semangkuk bijirin kepingan sekam. Buah kiwi juga mengandung serat yang tinggi sehingga sangat sesuai bagi mereka yang sedang diet.

Buah kiwi baik untuk kesihatan mata dan kulit kerana kaya dengan anti-oksidan. Ia tidak menggemukkan kerana mempunyai indeks glisemik (kadar gula dalam darah sejajar dengan pengambilan karbohidrat) yang rendah, rendah kalori dan rendah lemak.
Ia membantu mengurangkan stres kerana mempunyai kandungan bahan serotonin (bahan penyalur saraf) yang tinggi.

Ia rendah kandungan sodium, tetapi kandungan potasiumnya tinggi dan ini baik untuk pesakit darah tinggi keranan antara fungsi potassium ialah menjaga keseimbangan air antara sel-sel dan cairan tubuh.

Buah kiwi mempunyai mengandung actinidin, enzim alami yang dapat mengatasi sembelit.

Isi buahnya yang berwarna hijau mengandung magnesium yang bersama dengan vitamin C membolehkan hati bekerja lebih maksima.

Amino arginine-nya membantu peredaran darah dan mampu mengatasi masalah impotensi.

Kandungan zat lutein nya dapat mencegah kanser prostat.

Senang je nak makannya, belah dua buah tu, kemudian cedok isinya dengan sudu..kalo rajin kopekla kulitnya dulu..hehe..

Usah Simpan Benci di Hati

Posted on February 11, 2010 by Purpleroses

Cinta mampu memberikan kekuatan luar biasa kepada yang menyandangnya. Tidak terkecuali, cinta juga dapat membawa kekuatan negatif kepada yang tidak mampu mengendalikannya.

Bagaimana menghadapi situasi apabila disakiti? Ada pelbagai reaksi yang dilakukan manusia terhadap rasa sakit hati. Ada yang menerimanya dengan dendam atau kebencian, namun menyimpannya dalam hati sehingga membuat jiwa tertekan.

Ada juga yang menzahirkan perasaan itu menjadi tindakan yang memusnahkan seperti menganiaya dan menyakiti pihak yang menjadi punca sakit hatinya itu. Apa sekalipun, jangan menyimpan sakit hati dankebencian kerana ia hanya akan merosakkan kedamaian jiwa dan mematahkan semangat.

Unatuk mereka yang sering sakit hati ketika bercinta, renungkan panduan berikut:

• Jangan bercinta kerana simpati dan kasihan. Anda tidak akan menjadi dewi atau dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia.
• Melirik kepada jejaka atau gadis lain. Cinta bukan penghalang untuk anda meluaskan pergaulan, namun perlu ada batasan tertentu. Walaupun niat sekadar mencuci mata dengan melirik pandangan pada jejaka mahupun gadis lain, ia mungkin boleh membawa kepada kecurangan.
• Pura-pura tertarik pada bicara si gadis. Anda tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara mengenai sesuatu perkara yang tidak anda sukai. Jangan paksa diri untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak anda. Itu namanya hipokrit.
• Tidak mahu mengalahkan si dia. Anda sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hati si dia. Tidak salah bersaing, tetapi mestilah ke arah yang positif.
• Harus sentiasa bersama. Ini tidak beerti teman harus disingkirkan semata-mata anda menemui cinta. Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman supaya dia boleh membiasakan diri.
• Rapat dengan sahabat karib si dia. Tidak salah mengenali sahabat karibnya, tetapi berhati-hati supaya tidak terlalu akrab. Ini boleh menimbukan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh hati pada anda. Sebaliknya, anda perlu lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua-dua ibu bapa si dia.
• Berpura-pura tidak cemburu. Harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka atau gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan anda ketika itu.
• Terlalu menerima sikap si dia. Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyayangi dirinya, anda menerima segala keburukannya.
• Memaafkan sikapnya yang keterlaluan. Jangan diam saja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak anda sukai. Tidak salah kalau menegur perbuatannya yang keterlaluan itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan.
• Biarkan si dia membayar. Sesekali apa kata anda berdua cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan. Tetapi bagi lelaki, janganpula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja anda. Jangan terlalu ego.
• Sakit hati yang keterlaluan. Jangan biarkan perasaan itu berpanjangan hingga merosakkan batin. Kepahitan itu akan mengubah cara seseorang memandang kehidupan, cara bertutur dan sikapnya. Umumnya orang yang mengalami kekecewaan amat sensitif perasaanya, cepat tersinggung serta mudah megeluarkan kata-kata sinis, kasar, tajam dan menyakitkan.
• Benci tanpa sebab. Antaranya, sikap cepat marah atau tidak bergaul dengan orang sekitar,suka menggerutu tanpa alasan, membenci tanpa sebab yang jelas dan cenderung menjauhkan diri daripada orang lain. Ia juga membuatkan kita sukar mengucapkan terima kasih kepada orang lain,kurang motivasi untuk mengasihi dan membantu serta diliputi perasaan kejiwaan yang tidak stabil.
What can purpleroses say about LOVE? like thisla
..hehe..

Petua Mengempiskan Perut

Posted on February 8, 2010 by Purpleroses

Petua 1:
Ambil limau nipis, belah dan perahkan airnya, campurkan dengan kapur sirih. Kemudian lumurkan pada perut. Amalkan pada setiap malam.

Petua 2:
Minum Teh O tanpa gula campur air asam limau. Minum setiap hari. Yang ade gastrik jangan amalkan ye.

Petua 3:
Ambil asam jawa dan  garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman, esok paginya minumlah sebelum mandi.

Petua 4:
Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah itu rebuskan ia dengan sedikit garam. Minum air rebusan tu setiap hari.

Petua 5:
Elakkan makan bersulam air. Maksudnya makan 3 mulut, pastu minum air, makan lagi, minum lagi, camtula..seeloknye sejam pastu minumla.

Petua 6:
Ambil 2 keping asam keping @ asam gelugor. Basuh dan rendam dengan air panas. Biar sehingga suam dan kembang kemudian minumlah airnya. Minumlah setiap hari.

Selamat mencuba ye.

Add an Extra Add a gadget

Posted on February 3, 2010 by Purpleroses

Cara nak tambah "Add a gadget" kat blog anda.

Pergi ke LAYOUT > EDIT HTML>  lepas tu cari showaddelement. Kalau nak senang lagi, tekan Ctrl+f untuk search word tu. Dah jumpe? Kat situ ade showaddelement='no' kan? Tukar 'no'tu kepada 'yes'.
Pastu tukar  maxwidgets='1' kepada maxwidgets='2' atau lebih, tak pon maxwidgets='' untuk unlimited number.

Pastu save..siap.bolehla add gadget. Selamat mencuba ye.

Different Color Or Background Post

Posted on by Purpleroses

Ini adalah bagaimana untuk buat setiap post ada background or color yang berbeza.

Pergi DASHBOARD > POSTING > EDIT POSTS, pilih post mana yang nak edit tu. Kemudian pilih Edit HTML ( yang kat atas tu ada Preview, Edit HTML dan Compose kan?)

Choose which post to edit, go to edit post, check for HTML, then copy the below code (in blue) and paste to the top or start page. Dont forget to put
at the last code.

Bile dah kuar page HTML tu, paste kan;

1. Ni untuk letak color;                  to put a background color

Text anda kat sini..

<---jangan lupa tutup dengan ini. Letak kat bawah sekali ye.

#FFE1FF tu tukarla kepada color yang anda berkenan. Klik sini HTM Code boleh untuk kod warna.
padding:5px 8px 5px 8px;   <---adjust ikut suka ye..

2. Ni untuk letak background;            To put a background image

Text anda kat sini..

<--tutup kat bawah sekali.

URL tu bolehla guna photobucket ke..

Selamat mencuba ye.

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

Blogger Templates