:: Sponsored By ::

Petua hilangkan atau melegakan sakit kepala

Posted on March 3, 2010 by Purpleroses

Anda mungkin kerap merasa sakit atau pening kepala macam purpleroses kan? Biasala purpleroses ni banyak angin..angin kus-kus gitu..Ni purpleroses nak kongsikan dengan anda petua² nya.

Petua 1:
Ambil 3 atau 4 keping asam gelugor @ asam keping. Rendamkan semalaman. Minum air tersebut pada keesokan harinya. InsyaAllah..alahai..lambatnye..xtahan..

Petua 2:
Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air.

Petua 3:
Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis.

Petua 4:
Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut.

Petua 5:
Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.

Petua 6:
Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya.

Petua 6:
Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada dahi.

Petua 7:
Rebus daun Kangkung sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan ini setiap hari.

Petua 8:
Makanlah daun pokok Peria.

Petua 9:
Minumlah air rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk. 

Petua 9:
Jalan dengan cepat atau bersenam ringan dapatmembawa oksigen ke otak, menurunkan rasa tertekan serta menyebabkan badan kita mengeluarkan endorphin, unsur penahan sakit semulajadi. 

Petua 10:
Mengurut boleh melegakan otot dan memperbaiki >pengaliran darah dan mengurangkan rasa sakit kepala..bestnye kalo urut satu badan..

Petua 11:
Sujud lama sikit pada sujud yg terakhir terutama sekali waktu solat subuh. Semasa sujud tu berdoa la.

Cubalah yang mana sesuai dengan anda ye..Selamat mencuba..tenangkan minda dan jiwa.. ;)

0 Responses to "Petua hilangkan atau melegakan sakit kepala":

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

Blogger Templates