:: Sponsored By ::

My Story Astro

Posted on June 22, 2010 by Purpleroses

My Story Astro

MyStory Channel akan ke udara dari 30th Ogos hingga 16th September 2010 di Ch 318.

Adalah satu kempen anjuran ASTRO. Cerita yang dikehendaki adalah tentang anda dan 1Malaysia. Channel ini akan didedikasikan untuk seluruh rakyat Malaysia. SEMANGAT cintakan negara tidak seharusnya diukur dengan wang ringgit. Bagi mereka yang cintakan negara dan jati diri tinggi, Astro menyediakan tempat untuk kita meluahkan apa saja yang ingin dikatakan bersempena dengan bulan Kemerdekaan nanti. 





Tidak kiralah mengenai kecintaan terhadap negara ataupun masyarakat berbilang kaum, mahupun mengenai makanan kegemaran.

Anda bolehlah berkongsi cerita anda dengan meng-upload video. Sesiapa yang berminat bolehla mendownload borang di Borang. Peserta dikehendaki menghantar skali video dengan borang ini ke:






MySTORY,
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia, 
Lebuhraya Puchong-Sungai Besi, Bukit Jalil, 
57000 Kuala Lumpur, Malaysia

Tempoh Campaign adalah dari 8th June hingga 8th August 2010. 

Format Video mestilah dalam .MOV dan  .AVI sahaja. 

Bentuk video tidak terhad, anda boleh hantar samada dalam bentuk filem, dokumentari, music, cerita atau mengikut kreativiti anda.

Setiap record video mestilah tidak lebih 5 min. 

Boleh dalam bahasa melayu, english, cina, tamil Mandarin, Iban, Kadazan atau apa-apa dialek tempatan.

Video yang telah dihantar tidak akan di pulangkan semula.


Petikan Berita Harian;

Dedikasi dan ucapan itu perlulah berkaitan dengan semangat 1Malaysia. Justeru satu badan akan dilantik bagi menilai video yang dihantar sebelum disiarkan pada saluran yang akan menemui pelanggan Astro secara percuma itu. Ucapan terbaik akan disiarkan berulang kali di saluran itu serta saluran lain. 

“Astro tidak menawarkan hadiah untuk ucapan terbaik. Mereka yang berminat untuk menghantar ucapan perlulah disebabkan keikhlasan serta semangat jati diri yang ada dalam diri, bukan berharap kepada hadiah semata-mata. 
“Hantarlah ucapan anda untuk menunjukkan kecintaan sebenar anda terhadap negara kita. Saluran ini diwujudkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Jadi kami tidak meletakkan sasaran had video yang boleh dihantar, kami menerima seberapa banyak pun kiriman video yang dihantar dan kami akan sedaya upaya menyiarkannya. 

“Kongsi apa saja cerita mengenai makanan kegemaran seperti nasi lemak, nasi ayam, tosai atau memori membesar di Malaysia serta saat membesar bersama rakan baik daripada pelbagai latar belakang berbeza. Ataupun mengenai perayaan yang paling dinantikan serta pengertian mengenai 1Malaysia. 

“Bagaimanapun ia perlu menepati kriteria dan tidak lari dari hasrat Astro mewujudkan saluran ini. Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh layari laman web Astro,” kata Henry. 

Selain saluran TV, sembilan Rangkaian Radio AMP iturut memainkan peranan sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti. Pengarah Eksekutif Rangkaian Radio AMP, Datuk Borhanuddin Osman berkata, stesen radio milik AMP juga akan turut serta dengan kempen ini. Katanya, ke semua stesen radionya akan terbabit dengan aktiviti luar. 

“AMP amat berbesar hati menjadi sebahagian daripada MySTORY. Kami akan bekerjasama dengan Astro kerana ia sejajar dengan usaha AMP untuk menaikkan semangat 1Malaysia. 

“Kerjasama antara Astro dan Rangkaian Radio AMP menerusi pelbagai aktiviti yang sudah disusun dilihat sebagai satu kempen pemasaran yang kuat kerana ia membolehkan masyarakat menyedari peluang berkongsi cerita 1Malaysia menerusi ruang disediakan Astro,” katanya. 








4 Responses to "My Story Astro":

Artzlizan says:

ni astro punya blog eh..? :)

Purpleroses says:

Eh..i punyela..hehe

Anonymous says:

yeahh!! " this is my story " :)
baru shoot video tadi :D

Purpleroses says:

Sapelah gerangan xbernama ini..

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

Blogger Templates