:: Sponsored By ::

Harith Iskandar Dan Cinta Facebook nya.

Posted on June 16, 2010 by Purpleroses

Harith Iskandar Dan Cinta Facebook nya.

Tanggal 12 Jun 2010 lalu, Harith Iskandar,44  seorang pelakon, penulis skrip, 'stand-up comedian' dan penggiat teater telah sah menjadi suami kepada si cantik doktor dan model bernama Jezamine Lim, 27 tahun. Seniman serba boleh itu telah memilih bulan kelahiran ibu dan bapanya untuk diijabkabulkan. Dia tetap redha walaupun haroi bahagianya tidak dapat diraikan bersama ibu dan ayahnya yang terlebih dahulu di jemput ilahi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Kanan Nikah, Cerai dan Rujuk daerah Petaling, Muhamad Sujak Muhd. Dasuki dengan mas kahwin RM300 kira-kira pukul 12.05 tengah hari.

Mengakui sedikit gugup tatkala berhadapan dengan kadi, emosi ketenangan Harith turut tersentuh apabila detik-detik terakhir sebelum dinikahkan, fikirannya mula melayang terkenangkan arwah ibu dan ayahnya.

“Sebenarnya saya memang tidak rasa gementar langsung tetapi secara tiba-tiba apabila berhadapan dengan kadi fikiran saya jadi sedikit ‘blur’.
“Saya terfikir tentang arwah ibu dan ayah dan dalam masa yang sama dapat merasakan bahawa mereka ada bersama-sama.
“Jujur, sebelum mak dan ayah saya meninggal lagi kami telah merancang untuk bernikah namun, tiada tarikh yang sesuai ketika itu,” kata Harith berkongsi cerita.

Setelah ayah dan ibunya meninggal, Harith, memilih untuk dinikahkan pada bulan Jun kerana ia merupakan bulan kelahiran dua insan yang amat disayangi olehnya. Ibunya dilahirkan pada 9 Jun manakala ayahnya pada 15 Jun.

Selain wang hantaran RM50,000, Harith turut membawa empat lagi barangan hantaran berupa beg tangan dan kasut berjenama Coach, set barangan kemas, sepersalinan pakaian dan juga coklat.
Jezamine pula membalas tujuh dulang hantaran berupa senaskhah al-Quran, tali leher berjenama Louis Vuitton, set wangian, buah-buahan, sepasang sepersalinan, kasut dan coklat.
Perkenalan yang bermula di laman sesawang sosial, Facebook (FB) ternyata membuka hati dua selebriti ini biarpun hakikatnya mereka tidak percaya akan cinta di laman maya.

Kisah cintanya bermula apabila  melihat wajah seorang gadis bernama Jezamine Lim dalam sebuah majalah.

Harith akui seakan-akan dilanda cinta pandang pertama sehingga sanggup merisik khabar mengenai gadis itu dengan teman-teman, namun tidak seorang pun mengenali Jezamin. 
Selama sebulan juga dia bermain dengan teka-teki hingga akhirnya seorang rakan mencari nama gadis itu menerusi Internet dan menemuinya di laman sosial paling popular, facebook (fb).

Tanpa berlengah, Harith segera mengutuskan salam perkenalan kepada gadis itu. Sebenarnya Jezamin, 27, jarang membalas mesej lelaki di laman sosial fb. Apatah lagi jika lelaki itu tidak dikenalinya. Pada tanggapan doktor dan model itu, lelaki yang berada di dunia virtual tidak boleh dipercayai kerana lebih suka bersikap 'main-main'.

Namun, bagaikan sudah ditakdirkan jodoh mereka, mesej dari lelaki bernama Harith Iskander Musa yang ingin mengenalinya tidak semena-mena dijawab Jezamine. Dari situ, perkenalan mereka berlanjutan ke dunia realiti pula apabila bersetuju berjumpa muka ke muka. Setahun berkenalan, kedua-dua mereka tidak boleh menyembunyikan perasaan cinta yang wujud dalam diri.

2 Responses to "Harith Iskandar Dan Cinta Facebook nya.":

aizatjohar says:

uih..dlm paper xde war2 pun harith kawen :P

Purpleroses says:

huhu..bukan gosip nih..citer btolla..ade la..biasela..kalo Dato siti tu lain la..hehe

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

Blogger Templates