:: Sponsored By ::

CIQ Bukit Bunga, Jeli akan dibuka esok

Posted on June 30, 2010 by Purpleroses

Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Bukit Bunga, Jeli yang bernilai RM37 juta akan mula beroperasi 1 Julai 2010 (esok). CIQ ini terletak dalam Parlimen Jeli di semapadan Malaysia-Thailand. Walaubagaimanapun, Kompleks tersebut akan digunakan separuh sahaja daripada bangunan yang ada kerana ia masih lagi dalam proses pembinaan yang dijangka siap pada penghujung Julai nanti.



Seramai 20 orang anggota dan pegawai Imigresen akan ditugaskan di sana. CIQ ini sepatutnya di siapkan pada Disember 2008, tapi terbengkalai. Selepas lawatan PM kita ke sana, beliau menyuruh disegerakan projek tersebut. Mengikut sumber yang PR baca, punca terbengkalai adalah kerana kontraktor sebelum ini menghadapi beberapa kesukaran termasuk masalah reka bentuk bumbung, kenaikan harga barang dan faktor cuaca hingga menyebabkan projek itu. Projek ini telah diselamatkan dengan kerjasama JKR dan SPAZ sdn Bhd. SPAZ merupakan pemaju perumahan yang terletak di Jln Bachang, WP Kuala Lumpur. Syarikat ini telah banyak bersama JKR dalam projek-projek berkaitan.

Pembinaan kompleks berkenaan diharapkan dapat memberikan kesan positif kepada Bukit Bunga kerana manfaatnya cukup besar setelah kompleks berkenaan siap sepenuhnya dan hasilnya akan dinikmati peniaga mahupun penduduk. Diharapkan akan bertambah ramai pengunjung yang dulunya hanya ramai ketika musim cuti sekolah. 


0 Responses to "CIQ Bukit Bunga, Jeli akan dibuka esok":

 

This Template is Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates

Blogger Templates